|
||||||||||||||||||||||||
|
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||
| Sarawak mahu manfaat sidang video |
| |||||||||||||||||||||||
| (Berita Harian; November 5, 2006) KUCHING: Sarawak bakal menjadi negeri pertama di negara ini, yang mengadakan persidangan dan mesyuarat antara jabatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anak syarikat milik kerajaan negeri melalui internet. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Aziz Hussain, ketika mengumumkan perkara itu, berkata ia akan dilaksanakan melalui sistem persidangan multimedia (MCS), teknologi canggih yang dibangunkan anak tempatan, esok. “Melalui MCS, kita bukan sekadar boleh membentang laporan dan bertukar dokumen, malah mengadakan mesyuarat serta taklimat secara on-line malalui jaringan internet. “Kita (Sarawak) antara negeri terawal menggunakan kemudahan moden ini, yang pada saya satu pencapaian membanggakan sejajar dengan perkembangan pesat bidang teknologi komonikasi dan maklumat (ICT),” katanya selepas merasmikan majlis makan malam sempena Mesyuarat PBT Sarawak 2006 yang dihoskan Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), di sini, kelmarin. Beliau berkata, kemudahan moden ini dijangka mampu menjimaatkan masa dan kos mengadakan persidangan serta mesyuarat secara konventional seperti biasa diadakan sebelum ini. “Sarawak begitu besar saiznya. Bila kita panggil semua pegawai untuk bersidang dan bermesyuarat, tentunya ia mengambil masa, selain membabitkan kos pengangkutan, penginapan dan sebagainya yang agak tinggi. “Justeru, saya beras lebih baik kita guna cara ini (internet) yang lebih efisyen. Kita juga boleh buat keputusan dengan cepat...tidak perlu tunggu lama-lama,” katanya. |
||||||||||||||||||||||||
| Back to top | ||||||||||||||||||||||||
| Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6 | ||||||||||||||||||||||||