Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry
Sektor awam pertama guna sistem persidangan video

(Berita Harian; November 6, 2006)

KUCHING: Perkhidmatan awam di negeri ini, mempelopori pelaksanaan sepenuhnya sistem persidangan video membabitkan pelbagai perkara dalam sektor awam di negara ini, berikutan pelancaran Sistem Persidangan Multimedia (MCS) di sini kelmarin.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Abdul Aziz Husain, berkata sistem itu, yang dibangunkan oleh Sarawak Information Systems Sdn Bhd (Sains) adalah sebahagian dari usaha kerajaan negeri ke arah mencapai kerajaan elektronik (e-government) menejelang 2008.

Beliau berkata, pelancaran sistem itu tepat pada masanya sekaligus akan mamberi manfaat ketara kepada semua pejabat kerajaan negeri melalui rangkaian komunikasi yang dipertingkatkan, terutamanya bagi pelbagai agensi kerajaan yang mempunyai banyak pejabat di seluruh Sarawak.

“Melalui sistem ini, kami boleh menjimatkan masa untuk melakukan perjalanan untuk menghadiri mesyuarat, membolehkan keputusan dibuat dengan lebih pantas dan mengurangkan kos operasi.

“Dengan adanya sistem ini, mesyuarat yang membabitkan semua pegawai atasan kerajaan negeri dapat diadakan lebih kerap berbanding sebelum ini,” katanya ketika melancarkan sistem itu di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, di sini.

Pada majlis itu, beliau turut mencuba sendiri sistem persidangan video itu dengan agensi kerajaan di Samarahan, Betong, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Bintulu dan Kementerian Pelancongan di sini.

Selain berkomunikasi secara lisan dan bersemuka dengan kakitangan kerajaan di tempat berasingan, Abdul Aziz juga berkongsi dokumen dan berhubung secara chat dengan mereka.

“Apa yang pasti, melalui sistem ini saya dapat bermesyuarat dengan semua Pegawai Residen dan Pegawai Daerah di seluruh Sarawak dengan lebih kerap dari pejabat saya di sini.

“Hasil atau keputusan dapat dilakukan dengan segera. Cuma apa ynag perlu kita lakukan ialah memilih masa yang sesuai untuk mengadakan persidangan video,” katanya.

MCS yang menggunapakai teknologi daripada Mlabs Systems Bhd (MLABS), dapat memperbaiki cara mesyuarat diadakan, daripada cara konventional iaitu berbincang secara bersemuka kepada persidangan secara bersemuka tanpa perlu berada dalam bilik yang sama.

Katanya sebelum ini kerajaan negeri menerajui MCS di peringkat dalaman di beberapa kementerian dan Pejabat Residen, pejabat Setiausaha Kewangan Negeri dan Pejabat Peguam Besar Negeri.

“Keseluruhannya saya gembira dengan hasilnya dan ingin melihat ia di perluaskan ke seluruh pejabat perkhidmatan awam di negeri ini dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Beliau yang juga timbalan pengerusi SAINS, berkata kakitangan awam di negeri ini perlu menjadikan MCS sebagai sebahagian daripada budaya kerja baru.

Katanya MCS akan dilaksanakan dengan kos infrastruktur yang minimum memandangkan ia hanya memerkukan satu server persidangan bagi menguruskan semua unit kawalan dan kos pelaburan dapat diturunkan dengan banyak dan pada masa yang sama, meningkatkan keberkesanannya.

Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6