Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry
Sarawak Kendali Prosiding Mahkamah Pertama Menerusi Persidangan Video

(BERNAMA; March 17, 2007)

KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- Pesuruhjaya Kehakiman David Wong Dak Wah dari Mahkamah Tinggi Kuching hari ini mengendalikan prosiding Mahkamah pertama kali menerusi persidangan video di negara ini dengan Mahkamah Tinggi Miri.

Kes itu melibatkan tuntutan sivil bagi pengembalian harta tertentu dengan peguam membuat permohonan interlokutori di kamar.

James Lo, peguam pihak pembela, hadir di Mahkamah Tinggi Kuching sementara Mekanda Singh Sandhu, bagi plaintif, hadir di Mahkamah Tinggi Miri.

Menurut Sistem Maklumat Sarawak (Sains), badan yang memaju dan memiliki kemudahan persidangan video itu, plaintif dalam kes ini dapat menjimatkan kos sekitar RM1,000 yang termasuk tambang penerbangan pergi balik ke Miri, teksi dari dan ke lapangan terbang dan sewa hotel.

Mekanda Singh juga dapat menguruskan hal-hal lain di Mahkamah Tinggi Miri, katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah Sarawak juga kebelakangan ini menggunakan kemudahan teleconference dalam mengendali prosiding mahkamah.

Prosiding hari ini adalah susulan kepada pelancaran baru-baru ini persidangan tele/video oleh Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Ia juga adalah hasil dari visi Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri Richard Malanjum untuk menjadikan kehakiman lebih "mesra pengguna" bagi rakyat.
-- BERNAMA

Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6