|
||||||||||||||||||||||||
|
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||
| Sistem tele-persidangan mahkamah di S’wak diperluas ke seluruh negara |
| |||||||||||||||||||||||
|
(Utusan Borneo; Februari 6, 2007) KUCHING, 5 Feb: Ketua Hakim Negara, Tun Dato’ Sri Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim berkata, sistem tele dan video persidangan, sistem pesanan ringkas (SMS) serta sistem carian fail (FTS) untuk mahkamah-mahkamah di Sarawak akan diperluaskan ke seluruh Malaysia. Katanya, sistem yang dibangunkan oleh Sarawak Information Systems Sdn. Bhd (SAINS) itu amat wajar, termasuk bagi mengatasi kes-kes tertangguh ekoran kegagalan peguam menghadiri perbicaraan atas sebab pertindihan kes. “Ini merupakan suatu yang bersejarah bagi badan kehakiman Malaysia. Sistem-sistem ini yang baru ini adalah menifestasi iltizam yang jelas akan komitmen badan kehakiman ke arah memperkenalkan satu sistem alternatif yang bukan sahaja menawarkan kos efektif, bahkan juga berkeupayaan menjimatkan masa pihak berkenaan kerana ketidakperluan menghadiri perbicaraan di mahkamah-mahkamah. “Tele dan video persidangan bahkan membolehkan pengamal undang-undang dari pelbagai bandar di Sarawak saling menghubungi antara satu sama lain. SMS dan FTS yang diperkenal akan menyelesaikan masalah kehilangan fail dan ketidakhadiran pegum untuk sesuatu sebutan kes. “Jika kejayaan boleh dicipta di Sarawak, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa dengan bantuan SAINS, ia boleh diperluaskan penggunaannya ke seluruh Malaysia,” katanya berucap melancarkan sistem tersebut di bilik persidangan Mahkmah Tinggi Kuching lewat petang ini. Beliau yakin dengan pelancaran sistem-sistem tersebut hari ini, ia akan memberi manfaat kepada masyarakat di Sarawak, termasuklah pengamal undang-undang Melalui kemudahan itu jelas beliau, peguam tidak lagi perlu bergerak dari satu bandar ke satu bandar untuk menghadiri perbicaraan, sekali gus menjmatkan kos pengangkutan dan penginapan. “Dengan sistem itu, misalnya peguam yang berada di Miri tidak perlu meninggalkan bandar Miri untuk menghadiri perbicaraan di Kuching. Apa yang peguam terbabit lakukan hanya perlu ke bilik persidangan yang tersedia di Mahmah Miri. Dan dengan bantuan kaki tangan Mahkamah Miri peguam itu boleh menyertai perbicaraan yang sedang berlangsung di Kuching. Oleh itu sistem ini akan mengelak peguam daripada gagal menghadiri diri di mahkamah dan seterusnya perbicaraan dijalankan tanpa sebarang penangguhan. Dalam pada itu katanya, satu jawatan kuasa kerja bagi penyatuan kaedah Mahkamah Tiggi dan Rendah yang dipengerusikan beliau sendiri bagi memastikan pengenalan sesuatu kaedah yang baru dimasukan ke dalam peruntukan undang-undang akibat penggunan sistem berkenaan Ditanya apakah halangan dan cabaran utama bakal dihadapi apabila perbicaraan menggunakan sistem demikian dilaksanakan beliau menjelaskan antara lain berkata; “Dari segi jenayah kita ada undang-undang dalam peruntukan jenayah. Nota perbicaran mesti ditulis dengan tulisan tangan oleh hakim sendiri. Mungkin kita hapuskan peruntukan itu. Jadi kalau tidak ada peruntukan itu, kita boleh melalui perbicaraan seperti ini, di mana ia boleh direkod secara elektronik, ” ujarnya Pengerusi SAINS yang juga Timbalan Keta Menteri Datuk patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Hakim besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima Richard Malanjum hadir sama di majlis tersebut. |
||||||||||||||||||||||||
| Back to top | ||||||||||||||||||||||||
| Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6 | ||||||||||||||||||||||||