|
||||||||||||||||||||||||
|
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||
| e-SKM dilancar |
| |||||||||||||||||||||||
(Utusan Malaysia; April 25th, 2003) SIBU, Isnin - Sistem ICT baru dikenali e-Sistem Ketua Masyarakat atau e-SKM yang dilancarkan hari ini akan merancakkan lagi pembangunan dan juga mempercepatkan lagi urusan pentadbiran Perkhidmatan Awam Negeri. Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Haji Abdul Aziz Dato Haji Husain berkata, sistem itu adalah aplikasi dan pangkalan data bagi pengurusan dan pentadbiran pelantikan Ketua Masyarakat di seluruh negeri serta proses lain berkaitan seperti pencalonan, perlanjutan pelantikan, permohonan peletakan jawatan, penamatan perkhidmatan dan pengesahan dalam jawatan. Katanya, untuk permulaan, ia diperkenalkan sebagai pusat pengkalan data bagi tujuan penyimpanan maklumat dan rekod di peringkat Jabatan Ketua Menteri Sarawak sahaja. "Memandangkan sistem ini amat berkesan, kita telah mempertingkatkan sistem ini dengan memasukkan sistem aplikasi bagi membolehkan Pejabat Daerah, Pejabat Residen Bahagian dan Jabatan Ketua Menteri Sarawak berinteraksi dengan mudah untuk tujuan urusan pentadbiran Ketua Masyarakat," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya di majlis penutupan Seminar Pembangunan Pemimpin Masyarakat dan pelancaran e-SKM di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini. Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyempurnakan kedua-dua majlis itu serentak. Aziz berkata beliau yakin e-SKM akan menyumbang ke arah penambahbaikan, penyampaian dan kecekapan pen-tadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. "Selain memudah serta mempercepatkan urusan pentad-biran, saya percaya sistem ini membantu menjimatkan kos perbelanjaan pihak kerajaan. Hasilnya, semua pihak akan mendapat manfaat daripada penggabungan teknologi tanpa kertas ini," katanya. Beliau berkata penggabungan teknologi tanpa kertas itu juga boleh menjadi penyelesaian dan pemudah cara kepada aktiviti pembangunan. Katanya, kesan daripada revolusi digital dan keupayaan teknologi info komunikasi, segala halangan tradisional seperti jarak dan masa akan dapat diatasi. Beliau juga menyeru kepada para Ketua Masyarakat untuk menyokong agenda dan visi kerajaan bagi melahirkan masyarakat berilmu.
|
||||||||||||||||||||||||
| Back to top | ||||||||||||||||||||||||
| Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6 | ||||||||||||||||||||||||