|
||||||||||||||||||||||||
|
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||
| E-Syariah akan digunakan dalam pentadbiran Mahkamah Syariah Sarawak |
| |||||||||||||||||||||||
(Utusan Malaysia; April 30th, 2003) KUCHING 29 April - Kerajaan negeri berusaha membawa pembaharuan dalam jentera pentadbiran Mahkamah Syariah secara menyeluruh dengan menggunakan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) menerusi pelaksanaan E-Syariah. Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain berkata, E-Syariah akan memberi banyak manfaat kepada sistem kehakiman syariah, memudahkan urusan serta membolehkan orang ramai menikmati perkhidmatan yang lebih cekap. Menurutnya, menjadikan proses kerja di mahkamah lebih teratur dengan kes-kes didaftar akan dipantau dengan rapi dan telus. "Untuk itu pegawai-pegawai syariah perlu melengkapkan diri dengan ICT dan prihatin terhadap penggunaan teknologi baru ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan E-Syariah Peringkat Negeri di sini hari ini. Beliau berkata, bagi membangunkan dan menjayakan projek E-Syariah, kerajaan telah memilih Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (Sains) sebagai pembekal perkakasan dan perisian. Katanya, perkhidmatan pakar runding dalam menguruskan E-Syariah telah diserahkan kepada syarikat KPMG Sdn. Bhd., sementara Unit Permodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) adalah peneraju dalam melaksanakan projek itu. Dalam pada itu, persidangan sehari itu akan memberi tumpuan kepada pelan perancangan pelaksanaan E-Syariah dan pembentang kertas terdiri daripada pihak pembekal perisian, juruperunding serta pengguna sistem E-Syariah. la bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada semua pihak yang terlibat dengan projek E-Syariah di samping memberi gambaran lebih jelas proses pembangunan projek itu dalam mewujudkan sistem yang sistematik dan boleh diguna pakai di mahkamah.
|
||||||||||||||||||||||||
| Back to top | ||||||||||||||||||||||||
| Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6 | ||||||||||||||||||||||||