Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry
SAINS, MoBif Berhad tandatangani MoU

(Utusan Malaysia; March 31, 2006)

KUCHING, Khamis - Sarawak information System Sdn. Bhd. (SAINS) hari ini telah menandatangani perjanjian persefahamn (MoU) dengan MoBif Berhad yang meliputi kerjasama dalam bidang teknologi, aspek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan penyediaan perkhidmatan kos-elektif telefon melalui talian Internet dan Voice Over Internet Protocol ( VoIP).

Majlis MoU telah ditandatangani oleh Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) SAINS, Teo Tien Hiong dan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) MoBif Berhad. Kevin Leong Kong Hoy.

Hadir menyaksikan majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain.

Dalam ucapan, Teo berkata sebagai permulaannya, kerjasama itu akan memberi rumpuan kepada penyediaan perkhidmatan VoIP kepada penduduk di Sarawak, Sabah dan Brunei Darussalam.

Beliau berkata, SAINS mensasarkan seramai 5000 pelanggan VoIP akan melanggan perkhidmatan itu sebelum tahun 2007.

Sementara itu, Kevin Leong berkata, pihak MoBif dan SAINS mempunyai rancangan dalam masa panjang untuk memperkenalkan perkhidmatan Wireless Broadband Mobile (WBM).


Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6