|
||||||||||||||||||||||||
|
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||
| 'SarawakNet' semakin menarik minat penggodam |
| |||||||||||||||||||||||
(Utusan Malaysia; October 25th, 2002) KUCHING - Kerajaan negeri bimbang laman webnya, 'SarawakNet' semakin Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain ketika mendedahkan perkara itu berkata, setakat ini tiada masalah keselamatan dikesan kerana semua cubaan itu berjaya ditangkis. Beliau memberitahu, sistem keselamatan firewall yang dipasang untuk melindungi laman web itu nyata berkesan menangkis semua cubaan tersebut. "Sistem itu setakat ini berjaya tetapi kita perlu waspada bukan sahaja terhadap keutuhan infrastruktur sokongan tetapi juga sistem keselamatan keseluruhannya," ujar beliau. Abdul Aziz menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pegawai Keselamatan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Kerajaan Negeri Sarawak di sini hari ini. Beliau mengakui dalam masa sistem keselamatan yang dipasang berjaya menangani ancaman pencerobohan dari luar, kebimbangan paling besar adalah ancaman dari dalam sistem itu sendiri. "Ketika kita merangka dan bersiap sedia menentang ancaman keselamatan dari Beliau menarik perhatian, ini juga berikutan dengan hakikat bahawa perbuatan salah laku jenayah terhadap perkhidmatan awam negeri paling banyak berpunca dari kalangan kakitangan agensi awam itu sendiri. Sehubungan itu beliau mahu kawalan sistem keselamatan pada rangkaian komputer dan laman web kerajaan negeri diperketatkan sepanjang masa. |
||||||||||||||||||||||||
| Back to top | ||||||||||||||||||||||||
| Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6 | ||||||||||||||||||||||||