Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry
Sebangan jangkaui global
GALLERY
(Dari Kiri) Mohammad Azhar Semawi, Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Teo Tien Hiong (tengah), Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak (kanan) bersama-sama memotong riben sebagai simbolik pelancaran Pusat Akses Internet di Kampung Sebangan baru-baru ini.  
 

(Utusan Sarawak; July 29, 2008)

KUCHING, ISNIN: Jurang penggunaan Teknologi Komunikasi Matlamat (ICT) antara bandar dan luar bandar kini semakin sempit apabila kerajaan kini telah berjaya memperkembangkan penggunaan teknologi itu ke kawasan pedalaman.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) menjadikan hasrat kerajaan itu menjadikan realiti projek pembangunan Pusat Akses Internet (IAC) di Sebangan berjaya.

Pembangunan projek berkenaan yang dimulakan pada 2005 kini telah membolehkan penduduk di Sebangan, Sebuyau itu dapat berhubung menerusi internet sejak June lalu.

Projek itu yang dibangunkan menerusi program kebajikan masyarakat dibawah Program Bantuan Teknousahawan, dijayakan oleh seorang lepasan ijazah, Mohammad Azhar Semawi.

Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Teo Tien Hiong telah melakukan perasmian terhadap pusat itu.

Ini adalah merupakan IAC kedua selepas Betong yang memulakan operasi pada 2007 yang turut dijayakan oleh seorang lagi lepasan ijazah, Shukor Bin Mahmud.

SAINS telah menyumbang tujuh buah komputer dan sebuah printer untuk pusat itu.

Pusat itu kini menyediakan khidmat membaikpulih komputer, fotostat dan cetakan.

Selain itu, ia juga menjual aksesori komputer di samping membantu pengguna internet.

Di samping itu penduduk sekitar juga dapat memperolehi khidmat seperti mereka kad perkahwinan dan mencetak gambar dari pusat itu.

Pusat itu dibuka dari jam 9 pagi hingga 8 malam setiap hari.

SAINS dalam kenyatan akhbarnya berhubung perkara itu menjelaskan ini adalah merupakan IAC kedua selepas Betong yang memulakan operasi pada 2007 yang turut dijayakan oleh seorang lagi lepasan ijazah, Shukor Bin Mahmud.

Kenyatan itu turut menyebut bahawa selepas ini program itu akan dilaksanakan di beberapa lagi kawasan seperti Lawas, Limbang, Sibu, Asajaya, Serian, Samarahan, Padawan, Merapok, Matu dan Saratok.

He is able to start his business with little cost and is now earning about RM700 per month.

Ini adalah satu daripada langkah kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan ICT antara bandar dan luar bandar, katanya dalam kenyatan itu.

Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6