Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry

Maksimumkan penggunaan ICT

( Utusan Sarawak ; September 22, 2005 )

KUCHING, Rabu - Untuk menuju ke arah kerajaan elektronik menjelang tahun 2008, semua kakitangan awam di negeri ini harus memaksimumkan penggunaan kemudahan dan sistem teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT). Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Dato Haji Husain berkata Kerajaan Negeri telah menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membangunkan pelbagai aplikasi dan ke-mudahan ICT.

"Pelbagai program, kemudahan dan sistem telah dilaksanakan untuk merangkaikan semua jabatan dan daerah dalam negeri ini. Pelbagai latihan ICT percuma turut diadakan untuk meningkatkan penguasaan kakitangan awam dalam bidang ini.

"Namun begitu, kurang daripada lima peratus kapasiti sistem dan kemudahan tersebut digunakan dengan sepenuhnya. Sehubungan itu, kakitangan awam harus memainkan peranan dengan menggunakan ICT secara efektif dalam perkhidmatan awam untuk menghadapi cabaran dan globalisasi," katanya. Beliau menambah satu kajian terperinci akan dilaksanakan oleh Institut Pembangunan Sarawak (SDI) untuk mengkaji kesan pulangan pelaburan dalam ICT di jabatan-jabatan awam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan ICT Perkhidmatan Awam Negeri di sini hari ini. Hadir sama ialah Pengarah Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi William Patrick Nyigor, Pengarah Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) Dato' Nik Nasruddin Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan.

Dalam majlis yang sama, Aziz melancarkan perkhidmatan e-book Pustaka Negeri Sarawak (buku digital), satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna untuk mengakses buku secara terus (online).

Beliau berkata E-books @Pustaka kini telah membeli 200 tajuk e-book dari NetLibarary, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kandungan digital di kalangan pelanggannya.

"Ini merupakan satu contoh yang baik bagi meningkatkan penguasaan ICT dengan mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai," katanya.

Beliau menambah, secara tidak langsung, e-book ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam.


Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6