|
||||||||||||||||||||||||
|
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||
Sarawak perkenal sistem e-Perekrutan untuk permudah pemohon pekerjaan |
| |||||||||||||||||||||||
( Utusan Sarawak ; July 1st, 2004 ) KUCHING, Rabu - Semua agensi Kerajaan Negeri perlu memberikan sokongan padu kepada Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Jabatan Ketua Menteri untuk membolehkan sasaran pelaksanaan e-kerajaan sepenuhnya menjelang 2008 tercapai. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Hussain berkata, Kerajaan Negeri kini sedang giat untuk melaksanakan aplikasi e-kerajaan berasaskan pendekatan publik. Katanya, antara aplikasi yang kini telahpun dilaksana ialah aplikasi keberkesanaan dan efisyen dalaman (IEE), aplikasi antara agensi (G2G) dan aplikasi awam (G2C). Hadir sama pada majlis itu ialah, Pengerusi SPA Negeri, Tan Sri Datuk Amar Haji Hamdan Sirat. Aziz berkata, pengenalan aplikasi e-Perekrutan dijangka akan dapat mengatasi masalah kelewatan pengurusan selain masalah permohonan yang membabitkan agensi yang berlainan. Selain itu katanya, selain pengenalan e-Perekrutan, Kerajaan Negeri ini turut memperkenalkan penggunaan OMR dalam permohonan jawatan dalam agensi Kerajaan Negeri.
|
||||||||||||||||||||||||
| Back to top | ||||||||||||||||||||||||
| Privacy Policy. Copyright © 2012 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6 | ||||||||||||||||||||||||