|
||||||||||||||||||||||||
|
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||
|
![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||
Kerajaan Negeri perlu kemas kini pengurusan maklumat |
| |||||||||||||||||||||||
( Utusan Sarawak ; November 14, 2006 ) KUCHING, Isnin - Kerajaan Negeri perlu mengemaskinikan pengurusan maklumatnya selaras dengan kehendak awam dan pembangunan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dunia. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain berkata, setiap jabatan di negeri ini perlu mempertingkatkan pengurusan maklumat dalam jabatan masing-masing untuk memenuhi kehendak awam. Beliau berkata, di samping itu pengemaskinian pengurusan maklumat itu juga perlu untuk memudahkan jabatan mendapat akses maklumat di peringkat global. "Urusan kerajaan kini lebih banyak dilakukan secara elektronik, oleh itu amat perlu bagi setiap jabatan kerajaan untuk mengemas kini pengurusan maklumat masing-masing selaras dengan pembangunan ICT dunia," katanya. Aziz berkata demikian ketika berucap di majlis Pelancaran Persidangan Pengurusan Maklumat Antarabangsa yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini. Persidangan itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Or George Chan Hong Nam. Majlis itu adalah anjuran Kerajaan Negeri serta ditaja oleh Sarawak Information System Sdn Bhd (Sains), Acumen Engineered Solution International Inc. (Asei), InfoConnect, Pustaka Negeri Sarawak, Siliconet dan Stratfos. Aziz berkata, beliau telah kerap kali mengingatkan perkhidmatan awam negeri ini supaya menjadi perkhidmatan awam yang berasaskan pengetahuan (K-Perkhidmatan Awam). Menurutnya , K-Perkidmatan Awam perlu kerana ia secara langsung akan melahirkan komuniti yang berasaskan pengetahuan (K-Komuniti). Katanya, perhidmatan awam yang mengamalkan K-Perhidmatan Awam akan lebih inovatif dan kreatif dalam menyediakan perkhidmatannya kepada orang awam. "Pengamalan perkhidmatan bera-saskan pengetahuan dalam pengurusan, penting ke arah menjadikan jabatan perkhidmatan awam yang berasaskan pengetahuan," jelas Aziz. |
||||||||||||||||||||||||
| Back to top | ||||||||||||||||||||||||
| Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6 | ||||||||||||||||||||||||