Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry

Kerajaan elektronik sepenuhnya pada 2008

( Utusan Sarawak ; March 19th, 2004 )

SIBU, Khamis - Kerajaan Negeri mensasarkan 2008 sebagai tahun kerajaan elektronik (EG) dapat dicapai sepenuhnya di Sarawak.Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain berkata, EG sepenuhnya bermakna orang ramai dapat menerima semua perkhidmatan kerajaan sebenar pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dengan keselesaan mereka sendiri dan pada harga berpatutan.Katanya, kerajaan juga telah menetapkan sasaran pertengahan ke arah status EG sepenuhnya, dan satu daripadanya ialah semua bil Kerajan Negeri dan pembayaran yang diterima dibuat melalui talian terus (online) pada penghujung tahun 2005.

"Pembayaran ini termasuk yang tidak memerlukan bil dikeluarkan seperti bayaran sewa tanah dan lesen."Kerajaan Negeri telah membuat dan melaksanakan sistem penghantaran dan pembayaran bil secara online dikenali sistem penyerahan dan pembayaran bil elektronik (EBPP) sejak 1999 untuk urusan seumpama itu," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Teknologi Maklumat dan Sumber Negeri (SITRC), berkata demikian dalam ucapan aluannya pada pelancaran e-Berkuasa Tempatan (eLA) di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Dato Sri Wong Soon Koh menyempurnakan pelancaran itu.Aziz berkata, eLA yang dilancarkan hari ni adalah sebahagian daripada program EG, dan Kerajaan Negeri menganggap Pihak Berkuasa Tempatan sebagai komponen penting dalam jenteranya. Katanya, wawasan EG ialah untuk memberi nilai terkemuka pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dan fokus EG ialah untuk meningkatkan keberkesanan dalam penghantaran perkhidmatan kepada pelanggan.

"Dalam program EG kerajaan akan menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan 24 jam sehari, 365 hari setahun di mana sahaja mereka berada."Kita tidak boleh terikat oleh waktu kerja pejabat dan kesulitan. Kita menjangkakan pelanggan memerlukan dan meminta perkhidmatan kita pada bila-bila masa mereka memerlukan, dipacu oleh keselesaan dan keperluan pelanggan," katanya.


Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2012 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6