Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry

Mahkamah Sarawak sasar sifar kes tertunggak

Utusan Sarawak ; Ogos 27, 2008 )
Empawi Jabat

KUCHING, Selasa - Mahkamah Sarawak mensasarkan sifar kes tertunggak dalam badan perundangan itu di negeri ini menjelang tahun depan.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Panglima Richard Malanjun berkata pihaknya yakin dengan adanya sistem kehakiman tersusun dalam mahkamah di negeri ini pada masa ini, masalah tertunggak yang sedia ada akan dapat deselesaikan.

"Kita telah menetapkan satu prosedur bahawa setiap kes jenayah harus diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi sembilan bulan manakala bagi kes sivil ia perlu diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi setahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas menemani Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok dalam lawatan ke Mahkamah Kuching di sini hari ini.

Richard berkata, masalah kes tertunggak di mahkamah di seluruh negeri tidak begitu serius.

"Kita hanya memerlukan sedikit lagi masa untuk menyelesaikan kes sivil yang tertunggak manakala tidak ada tunggakan membabitkan kes jenayah di mahkamah di negeri ini", katanya.

Bernard Dompok mengadakan lawatan ke Mahkamah Kuching untuk memerhatikan Sistem Persidangan Video Multimedia yang digunakan oleh badan perundangan di negeri ini.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Pengurus Projek Sarawak Information System Sdn Bhd, Kueh Boon Yang dan Pengarah MAMPU Dato Normah Mohamad Yusof.


Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6