Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry

Pembangunan ICT dipertingkatkan

( Utusan Sarawak ; January 17, 2003 )

KUCHING, Khamis - Sarawak dijangka membelanjakan RM64 juta bagi pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada tahun ini, peningkatan ketara berbanding RM60 juta pada 2002 dan RM52 juta pada 2001.

Demikian kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Haji Husain ketika menyampaikan kata-kata aluan pada Seminar Kebangsaan MSC ICT 2003 (MSC ICT Nationwide Conference 2003) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Seminar yang bertema "ICT- Katalis Pembangunan", tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ke-tua Menteri, Tan Sri Da-tuk Amar Dr George Chan Hong Nam yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Menurut Aziz, Kerajaan Negeri menyokong penuh pembangunan teknologi dan sedang berusaha untuk meningkatkan pembangunan ICT bagi manfaat kedua-dua sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, sasaran utama projek ICT kerajaan ialah untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan perkhidmatan awam bagi memberi manfaat kepada keseluruhan penduduk.

Menurutnya, projek-projek lain seperti Internet Desa yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Komuniti Internet Luar Bandar oleh Kementerian Teknologi, Komunikasi dan Multimedia dan beberapa projek Sekolah Pintar oleh Kementerian Pendidikan adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk mendapat masyarakat lebih dekat kepada teknologi. "Kita perlu melengkapkan orang kita dengan pengetahuan yang sesuai dengan kebolehan teknologi agar mereka dapat bersaing dengan dunia tanpa sempadan hari ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya Kerajaan Negeri juga akan mengendalikan sebuah program latihan khas untuk remaja luar bandar mengenai penggunaan komputer, membaik pulih dan penyelenggaraan sistem komputer.

"Program ini bukan sahaja melatih pemilik komputer di luar bandar, malah bertindak sebagai sokongan teknikal kepada pemilik komputer di pekan yang lebih kecil," katanya sambil menambah program tersebut perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata, kumpulan pertama adalah mereka yang terdiri daripada golongan remaja terutamanya lepasan sekolah menengah.

"Kami yakin program ini bukan sahaja membantu mengembangkan penggunaan ICT di kawasan luar bandar, bahkan ia akan menjadi sumber pendapatan dan langkah permulaan untuk menjadi usahawan muda," ujarnya. Abdul Aziz menambah bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat akan bekerjasama untuk menjayakan lagi program tersebut dengan membuka kontrak bagi kerja membaiki kerosakan kecil dan penyelenggaran komputer peribadi kerajaan dan peralatan yang berkaitan seperti pencetak, pengimbas dan sebagainya kepada Usahawan Teknikal ICT Luar Bandar.

Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2012 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6