Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry

Tingkat imej perundangan

( Utusan Sarawak ; April 30th, 2003 )

KUCHING; Selasa - Perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Mahkamah Syariah dijangka dapat membantu meningkat dan memperkemaskan urusan pentadbiran di mahkamah berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain memberitahu, era ICT di Mahkamah Syariah juga dapat menambah keberkesanan perkhidmatan kepada orang ramai di samping melicinkan proses perbicaraan di mahkamah itu secara berterusan.

Menurutnya, sejak kebelakangan pelbagai rungutan daripada orang ramai berhubung kelewatan di dalam memproses kes-kes serta sistem pengurusan Mahkamah Syariah yang tidak efisien.

"Pada saya, semua ini merupakan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani dengan penuh dedikasi. Oleh itu, kita juga perlu memastikan usaha yang berterusan untuk meningkatkan imej Mahkamah Syariah.

"Justeru, saya percaya bahawa penggunaan ICT akan dapat membantu da-lam mengubah dan membentuk sistem pentadbiran Mahkamah Syariah yang berasaskan teknologi terkini serta menyediakan asas untuk perkembangan seterusnya di dalam menghadapi sera globalisasi," katanya semasa berucap pada majlis perasmian persidangan E-Syariah peringkat negeri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Persidangan kali kelima itu anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, MAMPU, Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS), KPMG dan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Beliau yakin, pelaksanaan E-Syariah akan memberi banyak manfaat kepada sistem kehakiman Syariah, memudahkan urusan dan membolehkan orang ramai menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Tambahnya, apabila terlaksananya sistem ini nanti, proses kerja di semua mahkamah akan lebih teratur dan bersistematik dengan kes-kes didaftar dan dipantau dengan lebih rapi dan telus.

"Keadaan ini sebenarnya mudah dicapai jika komitmen dan kerjasama diperoleh daripada semua pihak di semua peringkat.

"Malah kerajaan juga sedang berusaha untuk membawa pembaharuan kepada jentera pentadbiran kehakiman secara menyeluruh dengan menggunakan ' ICT," tegasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Setiausaha Persekutuan Sarawak, Haji Isa Kassim, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Putit Matzen, Ketua Hakim' Syarie Sarawak, Haji Sam Haji Ojeh serta tetamu lain.

Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2012 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6