Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry

Sistem Persidangan Multimedia di semua agensi kerajaan tidak lama lagi

( Utusan Sarawak ; November 7, 2006)

KUCHING, Isnin - Kerajaan Negeri akan menempa satu lagi kejayaan selepas memperkenalkan penggunaan Sistem Persidangan Multimedia (MCS) di semua agensi kerajaan tidak lama lagi. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Dato Haji Husain berkata, malah Kerajaan Negeri merupakan yang pertama menggunakan MCS di Sarawak.

Beliau berkata, MCS kini boleh diperolehi dalam SarawakNet dan intranet Kerajaan Negeri. "Dengan perasmian MCS bar! ini, kita percaya agensi Kerajaan Negeri akan menerima kebaikan daripada perhubungan komunikasi yang lebih berkesan dan canggih.

"MCS juga dapat menjimatkan masa bekerja di luar, membuat keputusan yang cepat dan mengurangkan kos operasi terutama bagi agensi kerajaan yang mempunyai cawangan lain di beberapa bahagian di Sarawak," katanya lagi. Abdul Aziz berkata, penggunaan MCS boleh dijadikan budaya kerja baru bagi kakitangan kerajaan.

"Pada bulan November lepas, saya menyertai perbincangan bersama MLABS dan Microsoft Malaysia. Pada masa yang sama, saya menjadi saksi talian terus menggunakan MCS di .SAINS Kuching, bagi Majlis Perjanjian Persefahaman di Taman Teknologi, Kuala Lumpur.

"Saya sungguh kagum dengan kualiti MCS dan saya berharap sistem ini menjadi perkara biasa bagi mesyuarat dalam pentadbiran negeri ini," katanya.

Abdul Aziz berkata, MCS kini akan diperkenalkan di peringkat Kerajaan Negeri seperti di beberapa buah kementerian dan Pejabat Residen, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri dan lain-lain.

Beliau berkata, sistem yang diperkenalkan kepada Kerajaan Negeri oleh SAINS itu boleh digunakan bagi tujuan penghantaran e-mel, memohon cuti menggunakan talian terus dan sebagainya.

Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6