Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry

Swinburne dan SAINS bekerjasama

( Utusan Sarawak ; August 15th, 2002 )

KUCHING, Rabu - Kerjasama di antara institusi pendidikan tinggi dan industri merupakan satu pendekatan baru kepada pendidikan teknikal, kata Setiausaha KerajaanNegeri Sarawak, Datuk Amar Haji Abdul Aziz Hussein.

Menurutnya, pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Swinburne Sarawak Institute of Technology (Swinburne) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) telah membolehkan SAINS mengenalpasti bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Melalui perjanjian yang sama, katanya Swinburne Sarawak akan menawarkan projek R&D yang berpotensi kepada setiap pelajar senior yang diwajibkan dibawah kurikulum mereka untuk melakukan projek R & D selama setahun sebelum tamat pengajian.

"Saya berpendapat R&D sebagai asas kreatif bagi membina ekonomi moden yang mapan dan progresif, justeru menjadikan masyarakat yang moden," katanya pada majlis perjanjian mengenai Usahasama Penyelidikan dan Pembangunan di antara Swinburne Sarawak dan SAINS di Wisrna Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini, hari ini.

Katanya, ketidaksesuaian di antara kemahiran yang diperlukan oleh industri iaitu mereka yang dilahirkan oleh instusi pengajian tinggi telah menyebabkan kesukaran bagi industri untuk mengisi kekosongan pekerjaan, terutamanya kekosongan bahagian teknikal dan lebih-lebih lagi terdapat ramai di kalangan para graduan yang belum bekerja dalam pasaran buruh.

Beliau berkata, masalah utama iaitu institusi akademi telah melahirkan graduan-graduan yang mempunyai disiplin yang 'salah' walaupun pada dasarnya graduan tersebut memiliki disiplin yang sesuai tetapi pihak industri masih meluangkan masa dan sumber untuk melatih semula rekrut baru yang sepatutnya telah melalui latihan teknikal yang dikehendaki semasa pengajian mereka sebelum ini.

Oleh itu, katanya perjanjian mengenai rakan kongsi R&D tersebut akan menjadi satu landasan bagi SAINS dan Swinburne Sarawak untuk bekerjsama dalam mengenalpasti bidang pengetahuan ICT dan kemahiran yang diperlukan oleh industri yang berkaitan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pengajian, Swinburne Sarawak, Cik Enn Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Encik Teo Tien Hiong.


Back to top
Privacy Policy. Copyright © 2012 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6