Press
Bernama
Berita Harian
The Borneo Post
Eastern Times
News Straits Times
Sarawak Tribune
Utusan Sarawak
The Malaysian Today
The Star
Utusan Borneo
Utusan Malaysia
Borneo Bulletin, Brunei

 
Business Enquiry

Sediakan laman web yang lebih sofistikated

( Utusan Sarawak ; December 24, 2003 )

KUCHING, Selasa - Agensi-agensi kerajaan yang menyediakan laman web diminta supaya menambah isi kandungan laman web yang lebih sofistikated dan unik mengenai agensi masing-masing.Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Haji Husain berkata ini sebagai pelengkap kepada tarikan laman web yang sebelum ini hanya dipenuhi dengan maklumat-maklumat mengenai pengurusan dan pentadbiran agensi sahaja.

"Bagaimanapun, dari masa ke semasa, saya dapati laman web agensi-agensi kerajaan semakin menarik dan bertambah malah ada agensi kerajaan yang telah memperbaharui logo dan kreativiti mereka menjadi lebih cantik dan unik," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Laman Web Agensi Kerajaan Sarawak Terbaik 2003, di sini, malam tadi.

Abdul Aziz berkata malah ada agensi kerajaan telah menyediakan perkhidmatan terus (on-line) dan ini menunjukkan peningkatan standard dan kualiti laman web di negeri ini.Beliau berkata laman web merupakan komunikasi perhubungan yang penting masa kini dan ia harus dipelajari oleh semua termasuk agensi-agensi kerajaan.

"Laman web kini menjadi kunci komunikasi yang penting untuk mencapai kejayaan dan beriteraksi dengan lebih erat dengan rakyat. Agensi kerajaan yang tidak mengambil-peduli mengenai laman web akan kehilangan keyakinan di kalangan pelanggannya," katanya.

Sementara itu, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah memenangi dua kategori iaitu kategori in-house dan webmaster 2003.Manakala tempat kedua dalam kategori in-house disandang oleh Perbadanan Pembekalan Lektrik Sarawak dan dua hadiah saguhati, Pustaka Negeri Sarawak dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).Kategori outsource pula dimenangi oleh Lembaga Pelancongan Sarawak, kedua, Pejabat Residen Bahagian Kapit dan dua hadiah saguhati, Perbadanan Perhutanan Sarawak Sdn Bhd serta Unit Pemantauan Pelaksanaan Projek (SIMU).Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Unit ICT, Jabatan Ketua Menteri, Encik William Patrick Nyigor, Pegawai Ketua Eksekutif SAINS, Teo Tien Hiong dan wakil dari agensi kerajaan yang terlibat.

Back to top
Copyright © 2007 SAINS. All Rights Reserved. | Best viewed Internet Explorer +6