news & events

Pengenalan sistem i-Syariah mantapkan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

(SAINS News; 07 Jul, 2020)

KUCHING: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) bakal menjadi agensi pelaksana yang lebih efisien dan efektif dalam memberi perkhidmatan menerusi pengenalan sistem i-Syariah yang dibangunkan oleh Sarawak Information Systems (SAINS).

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sistem tersebut sudah pasti akan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Malah menurutnya, perhubungan antara warga jabatan dan masyarakat akan bertambah erat kerana maklumat lebih mudah diakses selain mesra pengguna.

"Tahniah kepada JKSS kerana menjadi agensi pertama di Malaysia menggunakan sistem pengurusan ini. Semua maklumat akan berada di hujung jari. Dengan pembangunan sistem ICT ini, masalah birokrasi dapat dikurangkan dan aduan tentang perkhidmatan dapat disalurkan secara terus.

"Ianya juga akan membawa banyak manfaat kepada kerajaan Sarawak khususnya dalam mendapatkan data dan maklumat pelanggan," katanya ketika berucap melancarkan i-Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini. - Utusan Borneo

More News & Events